Saturday 5 March 2011

...............cbb ni aku clsh nan pakwe akoo...

Hari ini banyak dikalangan kita memperkatakan soal cemburu... dalam ayat ringkas.. "nie cemburulah tu...",  "awak nie cemburu sangatlah..." atau  ayat paling tak paham "awak nie cemburu buta :)" ada juga orang kata "cemburu itu tanda sayang".  DEFINISI cemburu menurut kamus dewan adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Sifat cemburu adalah sebahagian drp cabang sifat diri juga seperti malu, takut, sedih, gembira dan sebagainya. Cemburu juga ada dua keadaan satu cemburu yang baik dan satu lagi yang tidak baik. Cemburu diatas kebaikan bagus juga kalau kita rasa cemburu melihat orang lain berjaya dan seterusnya kita berusaha sedaya upaya berikhtiar utk mendapat kejayaan seperti mereka bagus juga.

Namun jika cemburu pada orang yang kita sayangi seperti  awek, kekasih, kawan  hatta yang duk kat umah itu suami atau isteri... kena berpada juga. Cemburu terkadang bukan hak muktlak seorang wanita sahaja. Lelaki juga memiliki sifat cemburu ini.  Agak-agaknya cemburu itu... macam mana kalau kita nak gambarkan didalam kehidupan ini?

Saya berpendapat cemburu itu bagaikan kita memasak makanan juga perkara asas didalam penyediaan makanan tersebuat adalah garam. Bayangkan jika seenak mana pun masakan yang kita masak atau kita lihat. Jika tidak berasa garam sememang masakan tersebut  tak sedap lalu tawor hebel kata orang Pahang. Cuba pulak kita lihat sekiranya makanan tersebut terlebih pulak garamnya ia akan menjadi masin terngage kata orang Pahang sudahnya makanan tersebut tidak termakan juga. Silap-silap kena kena campok @ campak ke tanah jua. Paling baik makanan tersebut kena dengan garamnya. Didalam ayat disebut secukup rasa bagi menyesuaikan segala asam garamnya didalam masakan tersebut. Bila sudah secukup rasa pastinya makanan tersebut akan menjadi makan yang paling best yang kita rasai.  Kesimpulannya garam sangat diperlukan didalam masakan tersebut,  tak berasa garam atau terlalu masin sememangnya tak kena langsung. Jadi  bersesuaian sangat ayat cemburu itu tanda sayang kerana kita amat memerlukan kemanisannya didalam masakan tersebut.

No comments:

Post a Comment